Thursday, December 15, 2011

Tercipta Untukku #part 2

  Tercipta untukku #part 1

  Kringggg ! Loceng rehat berbunyi .

  Time to payback .

" Line clear ! mamat kerek tu dah keluar . Mr Froggy , hari ni kau ada misi penting . Kau kena tolong Ad brutal yang comel ni tau ! dah la susah payah aku cari kau semalam ." kata Ad kegelian kepada seekor katak puru yang berwarna ENTAH SUSAH NAK DESCRIBE sambil perlahan-lahan memasukkannya ke dalam beg sekolah Irfan yang sedikit terbuka .

" Hehe , habislah kau kali ni Irfan Hazruqee." aku bergegas ke kantin kerana bimbang perbuatanku diketahui pelajar lain .

* * * * * * * *
 
" Irfan ! mana buku latihan mathematic kau ? Cikgu Rahmat suruh aku kutip "
 
  Ad tersengih lebar melihat Irfan membuka beg sekolahnya .
 
" 1 .... 2 .... 3 ! Muahaha . "
 
" Ehh perempuan ! apesal kau tiba-tiba gelak ni ? putus fius ? "
 
  Senyap .
 
" Aik ? kenapa katak tu tak lompat ? dah mati ke ? Mr Froggy , lompat la cepat ! lompat la ! " ujarku sambil mengintai ke arah beg Irfan .
 
  Irfan buat pandangan jahat .
 
" Kau cari ni ke minah sewel ? haha . Ada hati nak takutkan aku dengan katak . " Irfan mencampak Mr Froggy ke arahku .
 
  Mr Froggy selamat mendarat . 
 
  Atas kepala Ad .
 
" Arghhh ! Irfan ! ambil cepat ! "

" Apa sayang ? abang Irfan kurang dengar la . " Irfan gelak jahat
 
 " Irfan Hazruqee yang tuff lagi handsome . Tolong la aku " 
 
" Haaa , baru betul . Kejap ye , abang Irfan tolong . " Irfan bangun dari tempat duduknya untuk mengambil katak yang berada di atas kepalaku .

Irfan menghentikan langkah lalu bergegas meninggalkan kelas .

" aik ? woi ! kau nak pergi mana tu ? ambil la katak ni dulu . woi !

" Awak , jangan risau . Saya dah buang dah katak tu . " kata satu suara di belakangku .

" Aik ? mana datang superhero ni ? "  ujar Ad hairan .

  Ad menghadap ke belakang.
 
" Alahai comelnya superhero aku ni . " bisik hati nakalku
 
" Awak student baru tu kan ? " tanyanya

" a'ah "

  Blushing .

" Awak comel bila blushing macam tu . By the way , saya zack . Muhd Zakwan ."

" Err , saya Ad . Adrianna Aulia ."

  Dupp dupp .
 
  Adakah ini cinta ?

" Okay lah , saya kena balik ke kelas sekarang . Nice to Know you Ad ." Zack kenyit mata nakal .

  Irfan kembali ke kelas setelah beberapa minit Zack melangkah keluar dari kelas 5 Awesome .

Aku tak tahu antara dua 
ku pilih yang mana
sorang macam Mario Maurer
sorang lagi macam Aaron Kwok 
ohh yang manaaaa !

  Ad tersenyum puas selepas berjaya merosakkan lagu dendangan Farah dan Adam Af 2 .

" Diam lah ! kau ni tak habis-habis memekak . Bingit kau tahu tak ! "  muka irfan merah menahan marah .

" Eh ? bad mood pulak ? tadi buka main riang gelak ketawa kenakan aku . Alien betul !"

  Ad tarik muka sentap .
 
* * * * * * * *
 
  Peristiwa dua tahun lepas bermain di fikiran Irfan ....
 
"  Zack ! " dada Irfan turun naik menahan amarah .
 
 " Yeah dude ! hey hey ! kenapa kau menangis ni . Ops , lupa pula . Kau kan Mat Jambu . Hahaha . " Zack ketawa mengejek .
 
" Elysa dah tak ada . Dia dah tinggalkan aku buat selama-lamanya . Ini semua salah kau ! "
 
" Hoyy ! mulut kau tu jangan nak langsi sangat la brader . Dah sampai masa dia nak mati . Apa kena mengena dengan aku pulak ? " Zack mendengus perlahan .
 
" Kalau kau tak curang dengan dia , dia takkan mati ! dan kalau kau beri dia sedikit ihsan semasa dia merayu supaya kau kembali kepada dia , dia takkan mati dilanggar lori semasa cuba mengejar kau ! "
  
" Haha , aku tak suruh pun dia merayu dekat aku . Bodoh punya perempuan ! "
 
" Jahanam kau Zack ! " Irfan memberikan tumbukan padu tepat di muka zack .
 
" Itu sebab kau dah rampas Elysa daripada aku dan ini sebab kau dah kecewakan hati Elysa ! " ujar Irfan lalu memberikan satu lagi tumbukan di perut Zack .
 
  Zack terduduk menahan sakit .
 
" woi ! berangan ! Taknak balik ke ? " .

  Irfan tersedar daripada lamunannya .

" Err Ad . Sorry sebab marah kau tadi . "

" Taraaa hal la brader . Small matter . " Ujar Ad sambil berlalu .

" Err Ad ! " jerit Irfan .

" Ye ? " Ad toleh dan tersenyum manis .

" Tarapapa lah . "

" Haha , sengal ! " Ad semakin jauh .

" Aku dah mula sayangkan kau Ad . " bisik hati kecil Irfan

* * * * * * * *
 
To be continue ....
 
 
 
 



 





   

Tercipta Untukku #part 1

All these money can't buy me a time machine ( Nooooo )
Can't replace you with a million rings ( Nooooo )
I shoulda told you what you meant to me ( Woooow )
Cause now i pay the price

In another life
I would make you stay
So i don't have to say
You were the one that got away
The one that got away


Bait-bait lirik lagu The one that got away nyanyian Katy Perry sayup-sayup kedengaran di corong radio.

" mummy , mummy menangis ye ? mummy okay tak ? papa panggil mummy tu ." anak sulungku , Aaron Danial mengesat air mataku yang menitis .

" mummy okay sayang , cakap dekat papa kejap lagi mummy datang okay ." Aku segera mengesat air mataku yang mengalir kian deras .


* * * * * * * *

" Baik kelas , hari ini kelas 5 Awesome ada penghuni baru . Nama dia Adrianna . Adrianna masih kekok dengan persekitaran sekolah kita ni . Jadi saya harap awak semua dapat memberikan kerjasama yang cukup baik terhadap Adrianna . " ujar cikgu Zaiton yang manis berbaju kurung .

" Irfan Hazruqee , meja di sebelah awak kosong bukan ? haaa Adrianna , awak boleh duduk  di sebelah Irfan ya . " tambahnya lagi .

" Baik cikgu " aku tunduk .

" Hey ! aku Adrianna , panggil Ad je . Kau tentu Irfan " aku cuba bersikap ramah .

" Dah tahu lagi mahu tanya ! " Irfan tekan kalkulator.

" Heh ! kerek betul mamat ni ! nasib baik kau ni handsome . Ala-ala Mario Maurer gituu . Hihi . Kalau tak , 5 jari-jari aku yang comel ni selamat sudah mendarat dekat pipi kau yang gebu tu . Haila , indahnya ciptaan Tuhan ." aku tenung Irfan lama.

" Hoi ! tak ada kerja lain ke perempuan ? gaya kau tenung aku tu macam nak terkam aku tanpa amaran je . Tahu la aku ni handsome . " Irfan gelak jahat .

  Kantoi .

" Tak guna punya mamat kerek ! haishh , macam mana la dia boleh sedar yang aku asik tenung dia je dari tadi . Dah la volume suara tu macam nak bagi satu sekolah dengar je . Tak pasal-pasal satu kelas pandang aku ."

  Kau tunggu mamat kerek ! ada lori ada bas , ada hari Ad brutal yang comel ni pula balas .


* * * * * * * *
  Keesokan harinya ....
" Morning mamat kerek ! " sengihku sehingga mempamerkan gigiku yang putih dan tersusun rapi .
" Huh ! memang ada la yang nak kena kiss pagi ni ." Irfan angkat kening double jerk .
" Macam berani . booo !" aku jelir lidah .
" Berani je ." Irfan sengih jahat sambil perlahan-lahan mendekatkan mukanya ke mukaku .
  Aku tutup mata .
" Arghh ! jangan ciumm akuuuu ! "
 " Adrianna ! " 
" Eh ? tu macam suara cikgu Aminah Jambul je . Bila masa pulak dia masuk kelas ni ? " getusku pelik .

" Pagi-pagi lagi dah tertidur . Mengigau pulak tu ! siapa yang nak cium awak ni ? " tanyanya

  Gulp ! macam telan pasir .

" Err , tak de sape-sape cikgu "

" Dah ! saya nak awak berdiri di luar sampai habis kelas. " arah Cikgu Aminah Jambul tegas .

  Irfan tersengih mengejek .

" Tak guna punya Irfan ! tak habis-habis menyusahkan hidup aku . Macam mana la dia boleh masuk dalam mimpi aku ni ? hailaaa . Kalau nak masuk mimpi aku pun , Jadi le katak ke , biawak ke , boleh aku pukul kau dengan kayu besbol . hihi . " aku senyum sendiri .

 " Adrianna ! saya suruh awak berdiri ! bukannya berangan ! " Jerkah Cikgu Aminah Jambul yang digeruni kerana suara sopranonya itu .

" Maaf cikgu . Haishh ! cikgu ni pun satu , jadi singa je kerjanya ."

* * * * * * * *

To be continue ...