Friday, December 10, 2010

surat cinta





Menemui aweksku...

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi,tetibe aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua.Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku ini.Dan kehadiranmu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.Kau juga mengajarku erti cinta,singa laut,beruang kutub,kambing salji,mee rebus,cendol,kotak pensil,tali kasut dan pasu bunga.Kita ibarat Nobita dan Shizuka.Kau dan aku ibarat Kurt Cobain dan Whoopi Goldberg yang tak dapat dipisahkan.Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet ziku itu telah mengudang perpisahan yang akhirnya mengecewakan seluruh penternak lipan di burma.

Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.Aku seperti tidak percaya apa yang terjadi.Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa,apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah.Ternyata sikapmu mulai berubah bila malaysia melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya.Akhirnya aku menyedari yang aku tidak diperlukan lagi.

Aku cuba bermain badminton sambil makan mee hailam
untuk melupakanmu,tetapi aku tidak berdaya.Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebagai tanda aku tidak bersalah.Mengapa ?mengapa sayang ?mengapa ini semua bisa terjadi ?mengapa setelah kau curi hatiku,kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri.

Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk.Dan kini segala harapanku berkecai bagaikan aku terjatuh dari menara kuala lumpur dan dihempap oleh menara berkembar petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi komuter hingga aku hancur berkecai.Oh ! terlalu berat dugaan yang kutempuhi ini.

Tak perlu dikesali lagi kerana nasik sudah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya.Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang menjadi makanan lembu.

Walaupun segalanya telah berakhir,di sini,di atas pokok getah ini aku tetap menunggu kau kembali.Selagi ada nafas,selagi ada kompleks membeli belah SOGO,selagi ada kedai kasut selipar di sekitar argentina,selagi kumpulan metallica tidak berpecah,aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.Aku amat mencintaimu dari hujung bulu ketiak hingga celah gigi dan seperti buih2 sabun banyaknya.Namun aku menyedari yang penantianku sia2 belaka.Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku berbuah.Kalau tiang elktrik berbuah nanti,aku poskan buahnya kepadamu.Nak tak ?


*aku karang surat ni sambil tengok National Geoghrapic..amacam ?

Thursday, December 9, 2010

(SMS)short merapu story

Hari ni aku nak share petua atau nasihat bagaimana cara mengamalkan gaya hidup yang sihat...

 sayangilah diri anda.Hendaklah sentiasa aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat (adesss..skema dohh).jangan merokok.kajian merokok di Ghana mendapati tabiat merokok menyebabkan tayar kereta jiran cepat botak !!.Setiap sedutan bagi ibu2 yang mengandung akan melahirkan anak menyerupai basikal.
Gua sentiasa bersenam tepat jam 12 malam.Sentiasa bersenam di atas pokok.Senaman sambil pumping atas buah durian adalah yang disyorkan oleh pakar lutut.teknik ini bagus untuk mengelakkan drpd jerawat batu tumbuh di atas lutut.Jaga diet pemakanan.jus air liur musang baik untuk mereka yang menghidap penyakit gigi berkelemumur.

Makan ulam daun rambutan campur dengan minyak rambut sebanyak 8 kali sebulan dapat mencegah sawan aerial tv.Penyakit sawan ini sangat berbahaya kerana si penghidap secara tetibe akan memanjat bumbung rumah dan menggigit aerial tv sehingga patah.

Jangan menggunakan henpon.Radiasi pada telefon bimbit boleh menyebabkan penyakit kencing keluar nasi.Gunaalah tandas awam dengan betul.Kenapa kencing dalam timba ?? nanti air itu akan diminum orang.Mengapa mesti cirit dalam sinki ? tahi ponn ada maruah dan harga diri.Jaga kebersihan tandas.

Anda hendaklah sentiasa berfikiran positif,Sentiasa berfikiran positif walaupun diminta untuk terjun menara kuala lumpur dengan hanya menggunakan tudung saji.Sentiasa berkeyakinan tinggi,walaupum ketika memberi ceramah motivasi kepada 25 ekor harimau yang sebulan tak makan apa2.Sentiase bercakap benar,walaupun berbual-bual dengan tiang elektrik.Sentiase mengawal stress dan kemarahan.Bagi mengawal kemarahan memuncak,sila tekap pipi anda pada ekzos motosikal yang sedang panas.Kemarahan akan reda serta-merta.

Sayangi diri anda.Jangan merempit.Punyalah nak laju sampai ada yang berlumba motor pakai tayar beskal.Ada yang terer wiley motor sambil masak meggi.Ada yang change gear motor pakai lutut.Jangan takbur sangat.Jatuh itu cacat.Cacat bermakna terencat.

*amacam ?? baik punya la...aku yakin 200 % ..kalau korang ikut petua aku ni...korang akan terlebih sihat dan tergejal macam beruk kene baling belacan