Friday, December 10, 2010

surat cinta





Menemui aweksku...

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi,tetibe aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua.Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku ini.Dan kehadiranmu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.Kau juga mengajarku erti cinta,singa laut,beruang kutub,kambing salji,mee rebus,cendol,kotak pensil,tali kasut dan pasu bunga.Kita ibarat Nobita dan Shizuka.Kau dan aku ibarat Kurt Cobain dan Whoopi Goldberg yang tak dapat dipisahkan.Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet ziku itu telah mengudang perpisahan yang akhirnya mengecewakan seluruh penternak lipan di burma.

Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.Aku seperti tidak percaya apa yang terjadi.Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa,apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah.Ternyata sikapmu mulai berubah bila malaysia melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya.Akhirnya aku menyedari yang aku tidak diperlukan lagi.

Aku cuba bermain badminton sambil makan mee hailam
untuk melupakanmu,tetapi aku tidak berdaya.Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebagai tanda aku tidak bersalah.Mengapa ?mengapa sayang ?mengapa ini semua bisa terjadi ?mengapa setelah kau curi hatiku,kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri.

Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk.Dan kini segala harapanku berkecai bagaikan aku terjatuh dari menara kuala lumpur dan dihempap oleh menara berkembar petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi komuter hingga aku hancur berkecai.Oh ! terlalu berat dugaan yang kutempuhi ini.

Tak perlu dikesali lagi kerana nasik sudah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya.Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang menjadi makanan lembu.

Walaupun segalanya telah berakhir,di sini,di atas pokok getah ini aku tetap menunggu kau kembali.Selagi ada nafas,selagi ada kompleks membeli belah SOGO,selagi ada kedai kasut selipar di sekitar argentina,selagi kumpulan metallica tidak berpecah,aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.Aku amat mencintaimu dari hujung bulu ketiak hingga celah gigi dan seperti buih2 sabun banyaknya.Namun aku menyedari yang penantianku sia2 belaka.Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku berbuah.Kalau tiang elktrik berbuah nanti,aku poskan buahnya kepadamu.Nak tak ?


*aku karang surat ni sambil tengok National Geoghrapic..amacam ?

No comments:

Post a Comment